Ahad, 2 September 2018

Affiliate Marketing

Pemasaran adalah nadi kepada perniagaan, namun begitu kumpulan manusia yang sanggup keluar duit untuk beli produk anda adalah lebih penting unuk anda kumpulkan supaya ada belian ulangan.

Kaedah pemasaran sudah lama berkembang sejak zaman dahulu lagi. Kini dengan adanya jaringan internet, ianya menjadi lebih pantas dan cekap.

fuhh ayat ni dah cukup membosankan bagi korang yang baru mula baca, aku tahu ada yang mula menguap dan rasa nak terlelap baca dua baris ayat yang awal ni.

Ok aku cuba ringkaskan dengan lebih santai agar korang tak bosan. Senang cerita, affiliate marketing ni adalah pemasaran secara mulut-ke-mulut. Maksud aku macam kita rekemen kawan kita untuk beli, lepas tu kawan kita suka, dia pulak rekemen pada kawan dia.

mcm tu la lebih kurang bahasa mudahnya.Tapi dalam dunia internet, ia tak terhad kepada kawan kita saja, semua orang boleh terlibat.

Cuba korang bayangkan kalau aku ada 100 orang yang tolong jual barang aku. lepas tu 100 orang ni pulak, ada 10 orang "kaki" untuk tolong dia jual.. dan seterusnya...

Tapi bila aku cerita macam ni korang mesti ingat macam MLM pulak (multilevel marketing)
Sebenarnya konsep keduanya adalah sama. Bezanya cara mereka dapat komisyen, nanti aku cerita apa bezanya.

Jadi macam mana Affiliate Marketing ni boleh dapat duit? caranya adalah setiap affiliate akan mendapat komisyen daripada setiap jualan yang mereka buat. Sama ada online atau offline, mereka tak perlu keluaran modal untuk membeli produk atau perkhidmatan tertentu sebelum mereka menjualnya. Macam aku cakap tadi mereka hanya perlu rekemen kepada orang lain untuk membeli produk peniaga tersebut, dan peniaga tersebut akan memberi komisyen kepada mereka.

Disebabkan kita dah ada komputer dan internet, alat ini lebih lagi membantu kita untuk memantau perniagaan kita. Ye la, kalau sorang dua beli, boleh la kita tahu, siapa yang beli, tapi kalau dah beratus-ratus orang beli setiap hari macam mana kita nak tahu?

Tapi bila ada komputer, setiap transaksi akan ditulis dan disimpan untuk rujukan. dan senarai tersebut digunakan oleh peniaga unutk membayar kepada siapa affiliate yang telah buat jualan.


Dulu aku pernah jual E-book, zaman tu handfon kebanyakkan belum ada internet lagi, jadi ramai yang guna laptop dan PC. Jadi cara senang nak buat duit adalah jual E-book la.So mamat yang jual E-book kat aku ni offer jadi affiliate. Aku tanya, ape kebendanya affiliate tu? Dia pun cakap, kalau kau tolong jualkan E-book ni, dia akan bagi komisyen. Aku cakap, alah leceh la nak jual2.. malas la aku cakap.

Tp dia yakinkan aku yang benda ni tak susah, lagi pun aku tak perlu keluarkan modal pun. Hanya perlu promote  link yang akan dia beri kepada aku. (aku harap korang tau la apa tu link... ke nak aku terangkan jugak? Ala link ni benda yang bila kau acu pointer mouse tu dia akan tukar jadi tangan, lepatu bila korang klik, dia akan pergi ke laman sesawang yang lain.)

Link ni boleh lagi pada kawan-kawan untuk mereka klik, nanti bila mereka pergi ke laman sesawang E-book tu, dan bila mereka beli, maka aku akan dapat komisyen.

Aku macam tak percaya masa tu. Betul ke? Tapi aku layankan aje. Masa zaman tu tak ada whatsapp, wechat, facebook pun baru nak up. Friendster pun bebudak je yang guna. (kalau korang tau la apa tu friendster, dia macam facebook gak)

Aku ingat lagi, masa tu susah orang nak online, kena balik rumah atau cari cybercafe baru boleh online. Jadi mereka selau ramai online hari jumaat, sabtu dengan Ahad sebab hari minggu cuti. Yang mana online waktu hari biasa, kebanyakkannya kerja opis, yang mana opis ada internet. Itu pun kadang-kadang kena marah dengan bos.

Jadi cara aku promote dulu adalah dengan bayar mana-mana website yang popular supaya link aku akan dilihat ramai orang untuk diklik.

Aku biasa iklan dekat Harakahdaily.net sebab caj dia murah. RM50 untuk seminggu. ok la, nak iklan kat surat khabar mahal masa tu.

so tiap kali korang bukak website harakahdaily.net iklan aku memang ada kat laman yang depan sekali. Zaman tu orang ramai tak nampak lagi nilai iklan dalam website ni, sebab tu mereka jual murah-murah je masa tu. Sekarang tak dapat lagi harga tu.

Apa jadi lepas tu, aku biarkan je la. Harga E-book tu RM80, komisyen dia bagi RM35 sebijik, Agak bayak jugak la pada aku. Seminggu berlalu, aku semak semula website untuk pantau penjualan ebook tadi. Terkejut jugak aku ada 20 orang beli dalam masa seminggu. Wahhhh.... dapat RM700 aku...

Modal RM50 je untuk promte link aku tu. tp dapat RM700 ok la... siapa nak bagi..

Itu aku buat main-main je. tak sangka lak boleh buat duit benda ni. Tapi bila aku telefon budak owner ebook tu, tanya dia berapa banyak ebook dia terjual, dia mula-mula tak nak cerita. tapi bila aku tanya betul-betul, dia kata dah dekat 1000 orang beli. haaa korang kira la sendiri berapa banyak duit dia, Dia punya modal sekali je buat ebook tu, sebab tak perlu keluar kos print pun. Daripada RM80 tu bahagian dia RM45, korang kali la dengan 1000 naskah yang dah jual... RM45,000 bro!

Masa tu aku terbuka mata pasal affiliate marketing ni. Member aku tu cerita dia dah lama buat affiliate marketing ni, selama ni dia dah banyak promote barang orang lain, dan dia pun dah banyak makan komisyen, cuma ebook ni projek dia sendiri dan dia pun nak test keberkesanan affiliate marketing ni. Ternyata memang berhasil.

Tak silap yang register jadi affiliate dengan dia masa tu, ada la dalam 50 ke 70 orang je, tapi sebab sorang dah jual dalam 20 ke 30 naskah.. itu yang jadi banyak.

Kesimpulannya, cara ni memang berkesan cuma kena tahu cara nak war-warkan link tu. Apa-apa pun kalau korang nak mula, jadilah affiliate dulu. Dapatkan "feel" macam mana dapat duit dan lepas tu bila dah konfiden, baru kumpul dan bila sendiri affiliate korang. Inshaallah berjaya

Sabtu, 1 September 2018

Cara mudah buat RM10 000 pertama anda dengan telefon pintar

Seperti mana yang kita selalu dengar ada orang berjaya buat duit secara online, tetapi jarang kita dengar macam mana nak buat duit dengan telefon pintar.

Terus terang sebenarnya tajuk yang aku tulis tu saje je nak bagi korang baca blog aku, tp hakikatnya tak ada benda yang mudah di dalam dunia ni. dan kalau ada biasanya skim penipu atau scam.

Namun, ianya tidak mustahil akan menjadi mudah. Maksud aku macam ni. Pada awalnya mungkin ianya sukar, berbulan-bulan buat, tp hasilnya tak nampak lagi. Tapi percayalah aku cakap, biar kita susah sekarang, nanti kesenangan itu akan datang jua.

Perkara ini memang betul-betul terjadi kepada mereka yang membuat affiliate marketing. 

Apa itu Affiliate marketing? nanti aku cerita..

Sekarang mari kita cerita pasal Haji Bakhil.. oppsss silap. Mari aku cerita sikit pasal pengalaman mereka yang pernah buat affiliate marketing ini.

odi production

Mamat ni budak US la, aku terjumpa dia dekat youtube. Apa yang menarik pasal dia ni adalah, dia berjaya memiliki pasif income yang melayakkan dia memiliki sebuah lambogini dan kondo yang mewah. 

Secara lumrahnya, kita mesti teruja dan bertanya macam mana dia boleh lakukannya. Oh ya, pada peringkat ini korang tak perlu pertikaikan sama ada kereta tu betul ke dia beli atau sewa, aku memang dah pastikan, memang dia punya.

Jadi ini membuatkan semangat aku membara untuk mengenali siapa dia ni. Nama dia orang panggil Odi. Dia filifina yang mak bapak dia berhijrah ke US satu ketika dahulu. So dia sekarang dah jadi budak US la. 

Dia ni belajar semua ok, sampai boleh sambung belajar dekat UCLA, tp lagi satu semester nak habis, dia berhenti. Sebab apa?

Semuanya pasal affiliate marketing la. 

Nanti pada post yang lain aku akan cerita pasal apa itu affiliate marketing. Macam biasa siapa-siapa yang dah baca post ni, bagi la komen kat bawah ni. Jumpa lagi...