Jumaat, 30 Januari 2015

Baca ini dulu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada anda semua pastinya kami mendoakan kesejahteraan anda disamping keluarga tercinta. Anda sudah ke blog ini maka sudah pasti anda ada satu tujuan, iaitu menambah pendapatan sedia ada.

Zaman sekarang ini, kita semua setuju yang kita tidak boleh harapkan gaji semata-mata untuk keperluan hidup seharian. Maka kita perlu cari alternatif lain untuk tambah pendapatan.

Namun, akibat mahu mencari jalan pintas, ada juga diantara kita yang sering terjebak dengan Skim-skim yang menjanjikan pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Natijahnya, mereka terjebak dan menghadapi kehidupan yang lebih sukar.

Maka, kami disini ingin menegaskan yang kami percaya kepada sarananan Nabi Muhammad SAW bahawa 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan.



Cuma soalnya perniagaan yang macam mana kita ingin ceburi? Kemudian kommitment yang macam mana pula kita terpaksa berikan untuk menjayakan perniagaan tersebut?

Menurut pengalaman mereka yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan cuma terdapat 4 aliran perniagaan yang stabil, bermaksud dalam pelbagai keadaan ekonomi sama ada baik atau buruk, ia tetap diperlukan oleh orang ramai.



Mari kita lihat aliran yang pertama

Makanan


Seperti mana yang kita tahu, kita memang memerlukan makanan setiap hari, tiada orang yang dapat bertahan tanpa makanan saban hari. Maka aliran kita secara logiknya sangat menguntungkan jika kita ceburinya. Tidak semestinya kita menjual makanan, tetapi apa saja yang berkaitan dengan makanan juga akan mendapat tempiasnya. Contohnya Makanan yang kita dapat biasanya datang daripada ladang, maka pertanian juga, yang ada kaitan dengan makanan, merupakan aliran yang sesuai untuk perniagaan yang ada kelangsungan.

Kedua
Pakaian


Ada tak orang yang keluar dari rumah tanpa pakaian? Miskin macam mana pun tetap pakaian diperlukan. Jadi setiap orang akan memerlukannya, jadi ia merupakan satu aliran yang sentiasa terbuka kepada peluang untuk perniagaan, Tidak semestinya kita perlu jual pakaian yang sudah siap sahaja, jika anda seorang yang pandai menjahit, itupun boleh menjadi sumber pendapatan, seperti mana Makcik saya yang menggunakan mesin jahit untuk membantu suaminya menambah pendapatan. Ini adalah sumber pendapatan yang boleh dimanfaatkan, jika anda tahu cara yang betul

Seterusnya
Ubat-ubatan


Ada orang yang kata pada saya, "produk kesihatan ni orang bukan nak pakai hari hari..." Tanggapan macam ini sebenarnya datang daripada mereka yang tidak berfikiran luas. Saya syorkan, jika anda sedang baca artikel ini sekarang, untuk pergi ke mana-mana hospital di bandar besar seperti di Hospital Sg Buloh. Datanglah pada waktu malam, antara pukul 8 - 11 malam di bahagian kecemasan. Pastinya anda akan lihat ramai yang sakit. Sedangkan Firaun yang mengaku dirinya tuhan itu pun, sebenarnya ada ketika dia selalu pergi berubat. Maksud saya adalah, setiap manusia, pasti ada ketika mereka akan sakit, dan setiap kali mereka sakit, pasti ada juga peluang untuk kita menjual produk kesihatan.

Akhir sekali
dan Pendidikan

Cuba fikirkan, bagaimana anda boleh membaca artikel ini dengan lancar. Tanpa perlu mengeja setiap perkataan, anda boleh membaca setiap perkataan hanya sekali imbas. Inilah hasil daripada pendidikan yang anda peroleh daripada kecil. Dan saya pasti pendidikan yang anda dapat itu adalah hasil daripada ibubapa anda yang menghantar anda kesekolah, yang mana kos pendidikan itu bukanlah percuma, tetapi mereka ada keluarkan wang demi memastikan anda mendapat ilmu yang terbaik. Pastinya hampir setiap orang menerima pendidikan yang hampir sama, jadi permintaan untuk pendidikan ini adalah berterusan serta berkesinambuangan.

Bidang pendidikan juga sangat luas sehingga apa sahaja topik didalam dunia ini pastinya kita boleh buat modul untuk diajar kepada mereka yang inginkan ilmu tersebut. Contohnya, Ilmu tentang membuat laman web. Ada ramai yang tahu buat laman web, tetapi ramai lagi diluar sana yang tidak tahu buat, Jadi ini peluang kita untuk buat kursus latihan, dan kita ajarkan kepada mereka dengan dikenakan yuran yang berpatutan.



Panduan ini sangat penting kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan masih belum pasti nak berniaga apa. Pastiakan produk anda dalam lingkungan aliran yang saya ceritakan diatas. Jika selain daripada ini, maka risiko untuk mengalami kesukaran ketika ekonomi gawat, adalah tinggi.

ok, jumpa lagi dalam artikel yang lain....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan